Syarat dan Terma

Syarat dan terma penggunaan KeMON V1

dengan menggunakan platform KeMON V1 yang disediakan oleh myproduk.com, pengguna bersetuju untuk terikat dengan syarat dan terma berikut:

  • Produk jualan
    Pengguna hanya dibenarkan menjual produk atau perkhidmatan yang sah di sisi undang-undang malaysia serta mematuhi hukum syarak. Sebarang produk yang melanggar peraturan ini adalah dilarang sama sekali.
  • Template sistem
    Pengguna tidak dibenarkan mengubah, menukar, atau mengedit sebarang template, struktur, atau reka bentuk asal yang telah disediakan dalam KeMON V1 tanpa kebenaran pihak pengurusan.
  • Hak pindaan
    Pihak pengurusan  myproduk.com berhak untuk membuat sebarang pindaan, penambahbaikan, atau perubahan terhadap sistem, ciri, atau terma KeMON V1 pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal
  • Pakej percuma
    Pakej KeMON V1 percuma adalah terhad kepada satu (1) kedai sahaja bagi setiap individu atau perniagaan. sekiranya ingin membuka lebih daripada satu kedai, pengguna perlu membuat permohonan kepada pihak pengurusan
  • Tanggungjawab peranti
    Pihak  myproduk.com tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kehilangan data, atau masalah teknikal yang berlaku pada komputer, laptop, telefon bimbit, atau peranti pengguna semasa menggunakan KeMON V1
  • Tempoh pengaktifan kedai percuma
    Selepas pendaftaran atau permohonan kedai percuma dibuat, pengguna diwajibkan melengkapkan semua butiran yang diperlukan dalam tempoh empat belas (14) hari. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kedai dinyahaktifkan tanpa notis
  • Penggunaan imej dan kandungan visual
    Pengguna digalakkan menggunakan imej yang jelas, berkualiti dan sesuai untuk tujuan jualan. Penggunaan gambar atau visual yang mengandungi unsur lucah, seks, judi, atau kandungan tidak bermoral adalah dilarang sama sekali
  • Kehilangan user/pass
    Pengguna boleh menghantar ke Whatsapp support untuk dapatkan semula
  1.  
  1.  
  1.  

Faqeer
Founder
www.MyProduk.com